fbpx

Kohijrah, Usman, Yayasan Maghfirah bantu  mangsa banjir berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Syukri (kiri) dan Hafiy Hazmi (tiga dari kanan) menyampaikan khemah yang disumbang oleh Usman dan Yayasan Maghfirah kepada peniaga terjejas akibat banjir baru-baru ini.

SHAH ALAM– Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) bersama  Usahawan Muslim Nasional (Usman) dan Yayasan Maghfirah bergabung tenaga menyumbang khemah untuk mangsa banjir dalam kalangan peniaga kecil di kawasan yang berlaku banjir baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat Usman, Hafiy Hazmi Saad berkata,  bantuan berupa khemah itu bertujuan untuk membantu para peniaga yang terlibat dengan musibah tersebut kembali berniaga mencari rezeki.

“Kerugian yang ditanggung bukan sahaja melibatkan khemah malahan bahan mentah dan barangan siap untuk dipasarkan. Kita bekerjasama dengan Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang (SAK) untuk mendapatkan senarai peniaga yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis penyampaian bantuan khemah kepadap peniaga-peniaga kecil yang menjadi mangsa banjir di pejabat Kohijrah di Seksyen 32 di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kohijrah, Mohammad Syukri Ismail.

Hafiy Hazmi menjelaskan, selain bantuan khemah, Usman juga merancang untuk menawarkan latihan dan bimbingan kepada 31 peniaga yang menerima bantuan khemah tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN