fbpx

Suntikan penggalak kelima mungkin ditawarkan di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAJID Javid mendakwa bahawa suntikan kelima vaksin Covid-19 di Britain mungkin akan diperkenalkan. - AFP

LONDON – Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid memaklumkan bahawa suntikan dos kelima vaksin Covid-19 berpotensi akan disediakan pada musim luruh ini dengan program vaksinasi dijangka diperluaskan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut Javid, suntikan penggalak Covid-19 kelima itu mungkin diberikan kepada penduduk berusia 50 tahun ke atas. Beliau bagaimanapun menambah, kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad.

Penduduk berusia 75 tahun dan ke atas, penghuni rumah jagaan warga tuan  dan pesakit dengan sistem imunisasi lemah akan mula menerima tarikh janji temu untuk dos keempat vaksin pada musim bunga tahun ini mulai semalam. 

Jika suntikan vaksin ditawarkan sekali lagi pada musim luruh nanti, ia akan menjadi yang kelima diterima kelompok berkenaan. 

Sesetengah orang dewasa dengan imunokompromi atau sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik sudah pun disuntik sebanyak lima kali. 

Javid bahkan mendedahkan bahawa tahap kebimbangan kerajaan tidak berubah sejak dua minggu lalu walaupun terdapat peningkatan dalam jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital. Angka berkenaan masih jauh ‘di bawah paras kemuncak’. 

Beliau turut menggesa orang ramai untuk menganggap Covid-19 seperti penyakit berjangkit lain dan bertindak sepatutunya jika berasa tidak sihat atau mengalami apa-apa gejala. Antaranya dengan kurangkan bersosial dan tinggal di dalam rumah untuk mengelakkan penularan.

Lima juta rakyat Britain layak menerima penggalak kedua semalam dengan 600,000 penduduk dijangka disuntik minggu ini.

Langkah itu dibuat selepas Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) mengesyorkan suntikan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga. Pelancaran suntikan dos ketiga vaksin sudah masuk enam bulan di Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI