fbpx

Harap Erin Malek kembali bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIN MALEK

SERONOK betul tengok ramai kenalan sudah mula keluar bercuti ke luar negara, maklumlah selepas lama terkurung kan.

Tengah seronok belek gambar orang bercuti, Diva terpandang Instagram pelakon cantik manis, Erin Malek sewaktu bercuti di Dubai.

Wah, destinasi percutian impian ramai sangat, termasuk Diva. Seronok tengok dia pergi tempat-tempat menarik di sana.

Cuma apa yang tak seronoknya apabila ada netizen menegur Erin kerana dilihat tidak memakai tudung sebelum berlepas ke Dubai beberapa hari lalu.

Dalam perkongsian foto dimuat naik pelakon itu, dia hanya mengenakan topi sebab telinga dan lehernya jelas kelihatan.

Netizen yang melihat pun apa lagi, laju sajalah tulis komen. Ada yang bertanya, mana terbang tudung Erin? Kebanyakannya dalam nada memerli.

Tapi tetap ada yang memberi teguran baik dengan berkata, Erin sebenarnya sangat cantik saat bertudung penuh seperti sebelum ini.

Diva faham, bukan mudah untuk istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Tak semestinya dalam konteks bertudung semata-mata, bahkan kita manusia yang tak sempurna ini sangat sukar istiqamah melakukan kebaikan.

Doa Diva agar Erin dilimpahkan perkara yang baik-baik. Erin pun sudah cukup matang untuk memikirkan hal yang baik dan buruk.

DIVA: Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Adat pertandingan, ada saja mulut-mulut yang tak puas hati dan nak mengajar orang lain mengenai AJL36. Sudah-sudahlah, tunggu AJL37 pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI