fbpx

Tujuh strategi mampu lonjak imej pengajian tinggi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohammad Shatar.

PUTRAJAYA – Tujuh strategi sejahtera institusi pengajian tinggi (IPT) mampu meningkatkan imej pengajian tinggi di dalam dan luar negara sekali gus membantu negara muncul sebagai hab pendidikan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, strategi dibentang Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam Amanat Tahun 2022 itu diyakini boleh menarik minat pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di negara ini.

“Kini, kriteria utama pelajar generasi Z dalam memilih IPT untuk menyambung pengajian ialah kebolehpasaran graduan sesebuah universiti dan perkara itu giat diperkasakan dalam kalangan IPT tempatan dan luar negara.

“Penawaran pengajian secara digital juga menjadi elemen penting terutama menerusi mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) yang memberikan pilihan kepada pelajar untuk belajar dari negara asal mereka tanpa perlu ke Malaysia secara fizikal,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Amanat Tahun 2022 Menteri Pengajian Tinggi dengan tema Memperhebat Strategi, Melonjak Kecemerlangan yang dibentangkan baru-baru ini.

Perkara yang terkandung dalam strategi itu ialah Mengukuhkan Ekosistem Kampus yang Selamat, Kebolehpasaran Graduan, Memperkasakan Agenda Pendigitalan dan Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik.

Perkara lain termasuklah Memacu Kesejahteraan Komuniti, Mempersada Kecemerlangan Institusi dan Menyemarak Semangat #KPTPrihatin.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI