fbpx

27,000 tentera Britain tidak cergas untuk berperang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA anggota tentera Britain menaiki helikopter Boeing Chinook ketika menyokong Operasi Barkhane di Gao, Mali, 28 Oktober 2021. - AFP

LONDON – Kementerian Pertahanan Britain mendedahkan seramai 27,000 tentera negara itu tidak bersedia untuk berperang disebabkan pelbagai faktor melibatkan masalah kesihatan, lapor akhbar The Sun kelmarin. 

Menerusi laporan dikeluarkan, lebih daripada 13,000 tentera darat, laut dan udara tidak bersedia meninggalkan Britain untuk menjalani operasi ketenteraan disebabkan kesihatan fizikal atau mental, demikian menurut data daripada Freedom of Information

Seramai 13,786 lagi diklasifikasikan sebagai mempunyai kekangan dari segi perubatan iaitu boleh meninggalkan Britain, tetapi tidak dapat berada dalam mana-mana operasi pertempuran.

Kebanyakan tentera tersebut mengalami patah tulang, kerosakan otot, ligament terkoyak dan kecederaan tulang belakang. Bagaimanapun, seramai 4,000 tentera lagi dikatakan mengalami masalah kesihatan mental.

“Agak mengejutkan apabila satu perlima daripada tentera kita tidak cergas sepenuhnya dan tidak bersedia untuk ditempatkan bagi berperang, terutamanya dalam keadaan saiz pasukan yang kecil sekarang.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk ‘melepaskan’ mereka yang sukar untuk pulih dan akan menggantikan mereka,’’ kata bekas komander Tentera British, Richard Kemp.

Dalam pada itu, di sebalik data yang dikeluarkan tersebut, Britain masih mempunyai lebih 110,000 tentera yang sihat dari segi perubatan dan bersedia untuk berperang.

“Sekitar 90 peratus tentera kita boleh dikerahkan pada bila-bila masa.

“Bagi kebanyakan yang tidak dapat dikerah, ia hanya langkah sementara,” kata Kementerian Pertahanan. 

Kira-kira 101,000 tentera Britain telah diturunkan taraf perubatan sejak empat tahun lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI