fbpx

Boleh ‘join’ kumpulan PTMT1M jika anda tak makan tauge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman Facebook dan gambar yang dikongsikan orang ramai.

PUTRAJAYA – Tauge adalah sejenis sayur yang paling kurang digemari oleh kebanyakan rakyat di negara ini tidak kira jantina atau usia.

Jika anda salah seorang daripadanya, bolehlah anda mula sertai (join) satu kumpulan di Facebook yang dikenali sebagai Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTMT1M).

Tidak cukup hanya mengasingkan sayur itu di pinggan, ahli kumpulan itu tampil menterjemah rasa kurang selesa mereka terhadap tauge menerusi hantaran-hantaran di platform media sosial itu.

Apa yang mengejutkan, PTMT1M mendapat sambutan menggalakkan apabila kumpulan itu disertai lebih 15,000 pengikut dari seluruh negara sejak diwujudkan lebih setahun lalu.

Menerusi pemantauan wartawan di PTMT1M mendapati, ahli-ahli kumpulan itu tanpa rasa segan berkongsi gambar juadah makanan dengan sisi tauge yang sudah diasingkan dari pinggan.

Pada masa sama, ada juga ahlinya yang berkongsi hantaran video yang menunjukkan kemahiran masing-masing untuk mengasingkan tauge dari pinggan.

Antara hantaran-hantaran lain termasuk berkongsi gambar dengan kapsyen menarik dan melucukan seperti ‘siapalah mee kari tanpa tauge’, ‘tiada tempat untuk tauge dalam mee kari’, kalau nak cari lelaki yang sabar, carilah yang suka asingkan tauge’ dan ‘selak tauge nampak bihun’.

Pengendali PTMT1M Nazif Huzaini, 40, berkata, kumpulan FB ini diwujudkan untuk meraikan rakyat Malaysia yang tidak suka makan tauge.

Menurutnya, awalnya ia diwujudkan atas tujuan suka-suka namun, tidak menyangka platform itu mendapat sambutan ramai tidak kira jantina, usia dan bangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI