fbpx

Chilwell, Pulisic bakal menggegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHILWELL menamatkan spekulasi apabila melengkapkan perpindahannya ke Chelsea. – TWITTER CHELSEA

LONDON – Pasukan Chelsea bakal turun dengan reputasi sebagai pasukan pencabar kejua­raan Liga Perdana Inggeris (EPL)musim depan menerusi gan­dingan Ben Chilwell dan Christian Pulisic di bahagian kiri.

Perkara itu diluahkan oleh bekas pemain The Blues, Pat Nevin selepas skuad kendalian Frank Lampard itu berjaya menandatangani khidmat Chilwell yang dianggap sebagai bek kiri paling berbakat di England.

Sementara itu, Pulisic yang bermain di sayap kiri pula sudah semakin menyesuaikan diri de­ngan corak permainan di England apabila mempamerkan aksi mantap dalam kancah EPL sejak penghujung musim lepas.

“Saya rasa pasukan pesaing akan mula menggeruni apa yang Chelsea miliki di posisi kiri de­ngan kehadiran Chilwell serta kelibat Pulisic yang semakin memberi impak dalam saingan di EPL.

“Chilwell memang terkenal dengan larian pantas dan bijak sewaktu bertahan, manakala Pulisic pula bijak mencipta ruang dan mencari peluang gol.

“Justeru, saya percaya ini adalah gandingan paling sempurna untuk bahagian kiri dalam ke­sebelasan utama pasukan bagi saingan musim ini,” katanya.

Sebagai rekod, Chelsea telah berbelanja besar pada jendela perpindahan tahun ini selepas menandatangani Hakim Ziyech, Timo Werner, Malang Sarr dan Thiago Silva untuk memasti­kan mereka menjulang kejuaraan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI