fbpx

Patung cendana disangka lelaki bogel takutkan penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung tersebut disangka seorang lelaki yang mungkin tidak siuman serta sedang berbogel sambil berdiri bersebelahan rumah penduduk. - Bright TV

BANGKOK – Polis Thailand berkejar ke sebuah kampung di wilayah Isaan selepas menerima aduan  bahawa terdapat seorang lelaki dalam keadaan berbogel sedang berkeliaran di kampung tersebut.

Menurut laporan portal berita Thaiger, semalam, sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota-anggota polis sebaliknya mendapati bahawa ‘lelaki bogel’ itu sebenarnya adalah sebuah patung.

Ketua Kampung Bang Yang, Mongkolchai Phongsri menghubungi Balai Polis Don Mod Daeng bagi melaporkan bahawa terdapat seorang ‘lelaki’ yang mungkin tidak siuman sedang berbogel sambil berdiri bersebelahan sebuah rumah penduduk.

Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi dimaksudkan, polis mendapati bahawa ia hanyalah sebuah patung manusia.

Penduduk kampung yang mengetahui hal sebenar kemudiannya tertawa. Ketua kampung turut memohon maaf atas tindakannya yang menghubungi pihak polis. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN