KETUA jurulatih Sarawak UniĀted, E. Elavarasan memuji semangat luar biasa yang dipamerkan anak-anak buahnya ketika melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas Sri Pahang, sekali gus mengesahkan slot ke pentas suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu, skuad Kenyalang Emas berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menafikan hasrat tuan rumah mara ke peringkat kalah mati ketika saingan Kumpulan A berbaki satu perlawanan.
Kata Elavarasan, keputusan tersebut memberi ruang buat pasukannya ābernafasā sebelum mengharungi perlawanan terĀakhir peringkat kumpulan menentang Penang FC di Stadium UiTM, Shah Alam esok.
āSaya anggap gol pembukaan oleh pasukan tuan rumah pada awal saingan telah mengejutkan barisan pemain kami yang saya akui tidak beraksi seperti diharapĀkan apabila mudah kehilangan penguasaan bola.
āNamun, selepas Sandro (da Silva) meledak gol penyamaan, ia beri motivasi tambahan buat pasukan untuk lebih fokus dan tenang mengekang asakan yang dilakukan oleh Sri Pahang.
āPujian wajar diberikan kepada barisan pemain kerana mempamerkan semangat juang tinggi kerana mereka sedar keputusan positif perlu diraih dan kemenangan ini adalah bonus kerana kami dapat bernafas pada aksi terakhir nanti.
āBagaimanapun, saya tetap mahu pasukan berikan yang terbaik pada perlawanan bertemu Penang FC kerana peluang untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara masih terbuka,ā katanya.
Sarawak yang juga naib juara Liga Premier musim ini kini mengutip 10 mata, manakala skuad Tok Gajah kekal dengan enam mata selepas mengharungi lima perlawanan.
















