fbpx

Kualiti bekalan air Selangor ikut piawaian KKM, WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZHAM (kiri) mendengar taklimat mengenai projek itu di tapak Taman Rekreasi Mangrove Point hari ini

KLANG – Kualiti bekalan air bersih dan terawat di Selangor mengikuti piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, pihaknya memahami kebimbangan pengguna mengenai isu air mentah dari Sungai Klang yang dirawat bagi Skim Bekalan Air Rasau.

Katanya, kerajaan negeri sudah dimaklumkan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mengenai sistem yang digunakan untuk merawat air tersebut.

“Kita sudah memantau sistem ozon berkenaan yang dilihat bagus dan berkesan untuk merawat air tercemar.

“Justeru, kualiti air bersih yang dibekalkan kepada rakyat negeri ini masih mengikuti piawaian KKM dan WHO,” katanya ketika meninjau projek pembinaan Taman Rekreasi Mangrove Point, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI