SHAH ALAM – Cadangan melanjutkan waktu operasi bagi membolehkan pihak pemaju melaksanakan projek perumahan disambut baik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Selangor.
Pengerusi REHDA Selangor, Datuk Ho Hon Sang berkata, banyak projek telah dihentikan sepanjang siri fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seterusnya meningkatkan kos kepada pemaju.
Katanya, ketika ini operasi projek pembinaan ditetapkan setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di sesuatu kawasan.
“Ini satu perkara mengembirakan kepada 300 ahli kami dalam menyiapkan projek yang tergendala demi keselesaan orang ramai.
“Langkah membenarkan pemaju beroperasi selepas waktu yang dibenarkan amat kita hargai,” katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan cek replika REDHA Selangor bernilai RM30,000 kepada Bingkisan Mesra Sdn.Bhd. diwakili pengarahnya, Zahariman Ariffin. -K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929