fbpx

Cemuhan cetus semangat bersaing di litar Cub Prix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFI menyasarkan untuk berada pada kedudukan lima pelumba terbaik dalam saingan Cub-Prix musim ini.

SEBUT sahaja sukan permotoran terutamanymembabitkan perlumbaan motosikal, ia pastinya lebih sinonim dengan kaum Adam.

Dalam ramai-ramai pelumba yang terlibat dalam arena permotoran di negara ini terselit beberapa ‘bunga’ yang berjaya mencuri perhatian peminat.

Salah seorangnya ialah Siti Norafizah Muhammad yang bersaing pada Kejuaraan Cub Prix (Cub Prix) pada musim ini bersama pasukan TunebossPink Racing.

Gadis berusia 26 tahun berasal dari Kulai, Johor itu merupakan satusatunya pelumba wanita yang bersaing dalam kategori C125 pada musim ini.

Sebelum ini, Siti Norafizah atau lebih mesra disapa Fifi pernah menyertai Cub Prix dalam kategori Wira pada musim 2011.

Dia juga pernah meraih tempat ketiga keseluruhan kategori Pro-Am pada musim 2016, sekali gus memberi keyakinan kepadanya untuk bersaing bersama pelumba lain.

Bagi mengulas dengan lebih lanjut penglibatan Fifi dalam arena permotoran terutamanya Cub Prix,
iGen berkesempatan menemu bualnya baru-baru ini.

Bilakah kali pertama saudari menunggang motosikal dan mengapa?

Saya pertama kali menunggang motosikal adalah ketika berusia sembilan tahun.

Motosikal pertama yang saya tunggang adalah jenis mini kepunyaan adik
yang dibeli oleh bapa.

Saya selalu ikut adik ke litar dan apabila ada peluang saya cuba
menungang motosikalnya.

Ketika itulah, bapa melihat bakat yang ada sebelum mengajak saya untuk sama-sama menyertai perlumbaan peringkat junior.

Selepas menang beberapa kejohanan, barulah bapa beli sebuah lagi motosikal mini kepada saya.

Bagaimanakah anda terpilih menyertai pasukan Tuneboss-Pink Racing?

Saya sama sekali tidak sangka dapat kembali beraksi dalam Cub
Prix.

Dua tahun sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk tidak bersaing dalam Cub Prix disebabkan
terdapat masalah kewangan.

Apabila ada tawaran daripada pasukan Tuneboss-Pink Racing sukar untuk saya
menolaknya.

Bagaimanapun, saya sedikit terkejut apabila pasukan menawarkan tempat dalam kategori CP125 yang
cukup asing dan sukar bagi saya.

Cub Prix ini lebih sinonim dengan lelaki. Bagaimanakah saudari menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut?

Pada permulaannya saya agak kekok juga untuk berada dalam dunia motosikal yang majoritinya terdiri
daripada orang lelaki.

Namun, lama-kelamaan selepas beberapa musim dalam Cub Prix, saya berasa lebih selesa dan dapat
menyesuaikan diri.

Ada juga segelintir pelumba lelaki yang merendah-rendahkan kemampuan saya untuk bersaing dengan mereka.

Bagaimanapun, saya tidak ambil peduli dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus
berjaya.

FIFI membuktikan kaum Hawa sepertinya mampu bersaing dengan lelaki dalam sukan permotoran yang lasak

Apakah impian atau sasaran saudari dalam arena Cub Prix atau arena permotoran?

Pada musim ini sasaran saya untuk berada di kedudukan lima pelumba
terbaik.

Di samping itu, sasaran jangka panjang pula untuk berada pada kedudukan tiga pelumba terbaik.

Saya ada memasang impian untuk ke peringkat Asia, namun dengan umur yang semakin meningkat, ia agak sukar untuk dicapai.

Apakah kata-kata semangat yang boleh saudari berikan kepada remaja perempuan di luar sana?

Saya berharap lebih ramai remaja terutamanya kaum perempuan melibatkan diri dalam sukan lasak
seperti ini.

Minat yang ada perlu ditonjolkan dengan mencabar diri melakukan sesuatu di luar kebiasaan.

Mana tahu dengan cabaran itu, mampu membuktikan kita juga boleh berjaya, malah lebih baik daripada yang saya lakukan ketika ini.

Saya juga tidak sangka sampai ke pentas Cub Prix kerana bermula hanya sekadar suka-suka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI