fbpx
Zakaria (kiri) menunggu pelanggan di kedai emasnya di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam.

Trend beli emas semakin dingin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Penurunan harga emas sejak hujung minggu lalu belum mampu menarik minat para peminatnya untuk menyerbu rangkaian kedai emas di negeri ini.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Besar Kedai Payang di sini mendapati, suasana masih lengang meskipun harga emas ditawarkan serendah RM228 segram.

Pengusaha Kedai Emas dan Berlian Norzek, Zakaria Yusof berkata, sambutan pelanggan begitu dingin walaupun harga emas sudah semakin murah selain merentas daerah dibenarkan berikutan peralihan Terengganu ke Fasa 3, Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat lalu.

“Rata-rata kami mengambil risiko dengan menjual bara­ngan kemas pada harga modal iaitu RM228 segram dan hanya mengambil untung RM10 hingga RM20 sebagai kos upah.

“Begitupun, rangkaian kedai emas di negeri ini terutama di Pasar Besar Kedai Payang masih lagi lenggang walaupun pada hujung minggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Zakaria tidak menolak kemungkinan ramai pelanggan tempatan mendahulukan lebihan pendapatan mereka untuk aktiviti melancong dan beriadah bersama keluarga setelah pembukaan semula sektor pelanco­ngan pada awal bulan ini.

Tambah beliau, senario pasti berbeza jika rentas negeri dibenarkan kerana pelanggan luar Terengganu pasti tidak akan melepas peluang kerana harga emas ditawarkan di negeri ini jauh ­lebih murah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN