fbpx
Latif ucap terima kasih kepada atlet Greece selepas membantunya

Latif ucapkan terima kasih kepada Prodromou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMANGAT kesukanan itulah yang dapat dilihat ketika atlet lompat jauh Greece, Athanasios Prodromou tampil menghulurkan bantuan kepada Abdul Latif Romly yang menahan kesakitan pada aksi final di Sukan Paralimpik Tokyo.

Atlet kelahiran Perlis itu mendedahkan detik kecederaan yang dialaminya sebelum mengesahkan pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara lompat jauh T20 di Stadium Olimpik dengan catatan 7.45 meter (m) pada percubaan kedua.

Bagaimanapun pada saingan tersebut keadaan bertukar cemas apabila Latif mengalami kecederaan pada lompatan kelima sehingga menyaksikan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan.

Prodromou yang ketika itu berada di kedudukan kedua datang melihat keadaan Latif dan memanggil pegawai perubatan sambil dilihat menyapu pasir yang melekat di badan serta kepala pemenang pingat emas Rio 2016 tersebut.

Latif mengakui selepas berakhir perlawanan tersebut dia akan berjumpa dengan rakannya itu dan ingin mengucapkan terima kasih atas tindakan murninya itu.

“Saya tak ingat sangat apa yang dia kata sebab masa itu saya rasa terlalu sakit. Tak ingat apa dah.

“Cuma yang saya ingat dia datang, kemudian menyapu pasir (yang melekat) di badan dan kepala saya. Itu sahaja yang saya perasan.

“Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepadanya sebab dialah orang yang pertama datang untuk membantu saya,” kata Latif dalam sidang akhbar secara maya, sebentar tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN