fbpx

Teliti semula kedudukan 8,000 peserta MM2H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri hari ini. Foto FAIZ ALIF

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan lebih 8,000 peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dikesan tidak pernah bermastautin di negara ini selepas menjadi peserta program itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, data itu diperoleh menerusi Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang dikeluarkan Jabatan Imigresen (JIM).

Beliau berkata, pihaknya mendapati, golongan itu hanya masuk dan datang ke Malaysia untuk tempoh yang singkat iaitu semasa mendaftar permohonan dan semasa hendak memperbaharui pas sahaja.

“Kami akan meneliti semula kedudukan peserta ini bagi mengetahui keinginan sebenar mereka dan saya akan arahkan pegawai di kementerian untuk menghubungi peserta MM2H ini bagi membincangkan perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat di negara ini juga tidak perlu gusar kerana jumlah peserta MM2H di Malaysia hanyalah 57,478 orang termasuk tanggungan masing-masing.

“Setakat 31 Julai lalu, jumlah keseluruhan permohonan pas MM2H yang diluluskan dan aktif adalah 57,478 merangkumi 28,249 prinsipal dan 28,229 tanggungan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI