HARAPAN Malaysia untuk meraih pingat pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal digalas dua penerjun berpeĀngalaman negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara 10 meter (m) platform seirama di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.
Gandingan itu dilihat sebagai sandaran terbaik skuad terjun negara untuk menaiki podium dengan membawa misi mencipta sejarah baharu jika berjaya meĀraih emas dalam acara tersebut.
Ia berdasarkan Āpencapaian terdahulu Pandelela meraih tempat ketiga 10m platform individu pada London 2012 sebelum dia memenangi pingat perak 10m platform seirama bersama Cheong Jun Hoong sewaktu edisi Rio 2016.
āSaya harap dapat melakukan yang terbaik nanti,ā kata Pandelela yang akan turun membuat kemunculan keempat ĀOlimpik sejak edisi Beijing 2008.
Mung Yee pula pastiĀnya mahu menutup Ākarier Olimpik dengan penuh bermakna kerana ini adalah penampilan kelima selepas edisi Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012 sekali gus muncul atlet pertama negara melakukannya.
āSeperti saya katakan sebelum ini, misi utama dan harapan saya adalah untuk mendapatkan pingat. Tekanan memang ada setiap kali bertanding tetapi kami sudah bersedia,ā jelas Mun Yee.
Pasangan itu akan berhadapan pencabar utama, Chen Yuxi-Zhang Jiaqi dari China selain enam lagi negara bertanding seĀperti Kanada, Jerman, Great BriĀtain, Jepun, Mexico serta Amerika Syarikat bagi saingan hari ini.
Selepas Mun Yee dan Pandelela, dua lagi penerjun negara, Ng Yan Yee serta Nur Dhabitah Sabri akan beraksi menghadapi peĀringkat saringan acara 3m papan anjal individu pada 30 Julai ini.
Kemudian, Pandelela akan turun semula dengan Jun Hoong untuk acara 10m platform individu pada 4 Ogos ini.
















