Bapa sudah bebas Covid-19, ibu masih di ICU – Tasha Manshahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Tasha Manshahar memanjat rasa syukur apabila bapa kesayangannya sudah dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang setelah disahkan bebas wabak itu.

Tasha menerusi hantaran dalam Instagramnya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang menjaga bapanya sepanjang berada di pusat kuarantin.

“Alhamdullilah ayah dah bebas daripaada Covid-19. Betul doa ini senjata. Ramai sangat mendoakan dekat video ayah naik ambulans tu. Mana yang mendoakan dalam diam lagi,” tulisnya.

Untuk rekod, bapanya Mohd. Manshahar mula menunjukkan gejala pada 10 Mei lalu dan seterusnya menjalani ujian calitan pada 15 Mei sebelum disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran berbeza, pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya, Herina Wong Abdullah yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang akibat Covid-19.

“Saya mohon anda doakan kesembuhan ibu saya yang kini masih lagi berada di ICU Hospital Serdang,” tulisnya ringkas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN