fbpx

Liverpool mampu ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP menegaskan Liverpool patut menyalahkan diri sendiri atas kekalahan 0-1 kepada Leicester pada aksi EPL di Stadium King Power awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tetap optimis dengan peluang pasukan itu untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok empat teratas.

The Reds yang merupakan juara liga EPL musim lalu berdepan saingan cukup mencabar pada kempen 2020/21 sehingga terpaksa bergelut untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Liverpool masih memiliki peluang untuk memastikan tempat dalam kelompok empat teratas apabila bakal berkunjung ke Stadium Turf Moor menentang Burnley awal pagi esok.

“Sudah tentu satu pencapaian menakjubkan jika kami boleh berada dalam kelompok empat teratas musim ini. Saya tahu ia sukar, namun kami tetap optimis.

“Sekarang masa depan pasukan berada dalam tangan sendiri, oleh itu saya harap semua pemain tidak sia-siakan peluang untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan,” kata Klopp.

Mengulas aksi bertemu Burnley, bekas jurulatih Borussia Dortmund itu mengakui sudah tidak sabar berdepan skuad kendalian Sean Dyche berkenaan.

“Kami tahu aksi itu akan jadi sangat sukar kerana Sean Dyche adalah seorang jurulatih yang hebat dan beliau tahu bagaimana untuk berdepan pasukan seperti kami. Liverpool perlu bersedia sepenuhnya untuk perlawanan tersebut,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI