fbpx
Selepas 30 hari, pasangan tersebut perlu kembali ke jabatan hal ehwal awam untuk memutuskan keputusan mereka sama ada untuk meneruskan perceraian atau tidak. - Getty Images/iStockphoto

China beri tempoh bertenang 30 hari buat pasangan mahu cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HUNAN, CHINA – Seorang lelaki diarahkan sebuah mahkamah di China untuk mengambil tempoh masa bertenang selepas mendapat tahu bahawa isterinya melahirkan anak hasil sperma lelaki lain, lapor akhbar New York Post, semalam.

Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Tang memfailkan permohonan cerai pada Januari lepas selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan mendapati anaknya yang berusia tiga tahun sebenarnya bukan anak kandungnya.

Isterinya yang hanya dikenali sebagai Fu bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa suaminya merayu kepadanya untuk ‘meminjam’ sperma daripada lelaki lain selepas pasangan itu gagal mendapatkan anak.

Susulan permohonan perceraian tersebut, mahkamah mengarahkan Tang untuk bertenang seketika sebelum membuat sebarang keputusan.

“Tempoh bertenang itu akan memberikan masa untuk kedua-dua pasangan memperbaiki hubungan mereka untuk kebaikan kestabilan sosial dan keharmonian keluarga,” kata mahkamah.

Arahan itu dikeluarkan sejajar dengan peraturan terbaharu di China, di mana pasangan yang membuat permohonan untuk bercerai perlu diberikan tempoh bertenang selama 30 hari yang bermula pada awal tahun ini.

Tempoh bertenang tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan kadar perceraian yang meningkat di China dengan cara memberi peluang kepada pasangan suami isteri untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka.

Selepas 30 hari, pasangan tersebut perlu kembali ke jabatan hal ehwal awam untuk memutuskan keputusan mereka sama ada untuk meneruskan perceraian atau tidak.

Pada tahun 2020, China mencatatkan sebanyak 8.6 juta kes perceraian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN