fbpx
Anggota bomba memotong pokok yang tumbang merintangi jalan di Pantai Remis dalam kejadian ribut malam tadi.

31 pokok tumbang di Pantai Remis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERUAS – Hujan lebat dan ribut yang melanda di kawasan Pantai Remis dekat sini malam tadi mengakibatkan berlaku beberapa kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8 malam dan menggerakkan sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba, Mohd. Akmal Hussin dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis ke lokasi kejadian.

“Hasil maklumat diterima mendapati terdapat 24 kes pokok tumbang merintangi jalan berlaku di sekitar Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.

“Selain itu, terdapat tujuh kes pokok tumbang mengenai rumah. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam semua kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan itu dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pasukan Bomba Sukarela Pantai Remis melakukan operasi pemotongan dan pengalihan pokok yang terlibat.

Katanya, operasi pemotongan dilakukan menggunakan gergaji manakala jentera berat digunakan untuk mengalihkan batang dan dahan pokok yang sudah dipotong itu dari kawasan jalan raya dan jalan kampung ke tempat selamat.

Beliau berkata, operasi tamat pada pukul 4.32 pagi tadi dan semua jalan raya dan jalan kampung terlibat kini sudah boleh digunakan semula. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN