fbpx

Beri penjelasan kepada ibu bapa tentang PBD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fokus guru-guru tuisyen adalah berkaitan akademik yang kurang penguasaan anak-anak. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula tahun ini seperti yang diumumkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan pengusaha pusat tuisyen di negara ini.

Bagaimanapun, pemilik Pusat Tuisyen Premium, Jaya Adilamir Jaya Mara berkata, pihaknya sudah mempunyai perancangan dan aktiviti yang bersesuaian kepada murid yang masih meneruskan kelas tuisyen dengan pusat itu.

Katanya, sebelum ini fokus guru-guru tuisyen adalah berkaitan akademik sahaja kerana ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tuisyen kerana anak mereka lemah dalam mata pelajaran tertentu.

“Namun, selepas ini kita perlu mengubah fokus itu dengan menerapkan beberapa elemen tambahan yang difikirkan sesuai dengan persekitaran sistem pembelajaran ketika ini.

“Mungkin semasa sesi kelas tambahan kita juga akan selitkan aspek kerohanian, jati diri, akhlak serta mencungkil kreativiti murid bagi persediaan mereka ke alam sekolah menengah,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, Jaya Adilamir berkata, ketika ini terdapat kira-kira 50 murid yang terdiri daripada calon UPSR tahun ini masih belajar di pusat tuisyen mahupun secara online di rumah.

“Ramai ketika ini memilih untuk belajar secara online kerana di Kelantan masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan’.

“Meskipun UPSR dimansuhkan, namun setakat ini ibu bapa masih komited dan mahu anak mereka dibimbing kerana ada ketikanya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak dapat diikuti dan berkesan untuk anak mereka,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI