Gambar hiasan

Kerajaan laksana kenaikan pangkat one-off pegawai Gred 9,10,12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Kerajaan melalui Belanjawan 2027 bersetuju untuk melaksanakan kenaikan pangkat secara one-off kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional yang mana urusan itu hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan sahaja.

Berdasarkan surat edaran rasmi dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 17 November lalu, urusan kenaikan pangkat itu tidak bersifat automatik dan tertakluk kepada merit yang ditetapkan.

Kata surat edaran itu, pihak kementerian, jabatan dan agensi perlu melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara one-off bagi pegawai yang telah mematuhi syarat ditetapkan.

“Antara syarat itu termasuklah berada dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selain telah disahkan dalam perkhidmatan,” katanya.

Selain itu, kakitangan terlibat juga perlu berada dalam suatu gred lantikan/kenaikan pangkat sebelum atau pada 31 Disember 2026 mengikut tempoh ditetapkan.

Bagi Gred 12 ke Gred 13, tempoh minimum sandangan gred semasa ialah enam tahun selain jumlah perkhidmatan keseluruhan ialah 22 tahun, manakala untuk Gred 10 ke Gred 12 pula, tempoh sandangan gred semasa ialah lapan tahun dan perkhidmatan keseluruhan 16 tahun.

Untuk Gred 9 ke Gred 10, tempoh sandangan semasa ialah lapan tahun dan tempoh perkhidmatan keseluruhan ialah lapan tahun.

“Mereka juga perlu memperoleh markah prestasi 85 peratus dan ke atas bagi tempoh tiga tahun terkini berdasarkan wajaran ditetapkan serta markah prestasi tahun terakhir hendaklah sekurang-kurangnya 85 peratus.

“Ia juga perlu diperaku oleh ketua jabatan dan ketua perkhidmatan selain bebas daripada hukuman tatatertib pada 31 Disember 2026 dan semasa perakuan dibawa kepada Lembaga Kenaikan Pangkat,” katanya.

Susulan itu, pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat secara one-off perlu menjalani tempoh pemangkuan selama satu tahun dan akan dipertimbangkan kenaikan pangkat setelah memenuhi syarat kenaikan berdasarkan peraturan dan pekeliling perkhidmatan yang berkuat-kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN