Mendiang Madam Loo Siew Chin.

Wanita 104 tahun tinggalkan legasi 45 orang doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 104 tahun dari Muar, Johor, meninggalkan legasi cukup membanggakan apabila berjaya membesarkan keluarga yang dikatakan mempunyai kira-kira 45 doktor yang terdiri daripada anak-anak dan generasi keturunannya.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @limchanyou_, mendiang Madam Loo Siew Chin meninggal dunia pada 12 November lalu ketika berusia 104 tahun.

Menerusi hantaran berkenaan, mendiang disifatkan sebagai seorang ibu dan nenek yang berjaya meninggalkan legasi luar biasa apabila keluarganya berkembang merangkumi beberapa generasi doktor.

Kejayaan itu turut dikaitkan dengan nilai pendidikan, disiplin, pengorbanan serta kesepakatan keluarga yang diterapkan sehingga melahirkan generasi berpendidikan tinggi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pencapaian keluarga berkenaan.

“Fuh, keluarga ini boleh buka hospital swasta sendiri dengan jenama Lim,” komen @sudu_and_soul.

“Menakjubkan! Satu legasi yang luar biasa. Terima kasih Madam Loo atas dedikasi dan nilai kehidupan yang membantu membentuk generasi doktor. Semoga rohnya tenang di sana,” tulis @deux7neuf pula.

Seorang pengguna @lala_maines turut menyifatkan mendiang sebagai contoh seorang wanita yang berjaya membina legasi keluarga bersama suaminya apabila kebanyakan anak mereka memilih bidang perubatan.

“Memang inilah gambaran seorang ibu yang luar biasa. Bersama suaminya, beliau membesarkan keluarga yang kebanyakan anaknya menjadi doktor. Satu pencapaian dan legasi yang hebat. Syabas, Ah Po. Semoga berehat dengan tenang,” katanya.

“Kalau mak-mak jadi jiran dia, mesti ada yang cakap, ‘kau tengok Madam Loo itu, anak, menantu dan cucu semua jadi doktor. Kenapa kau tak boleh jadi macam mereka?’” seloroh @miraidora.ujang.

Upacara pengebumian mendiang berlangsung pada semalam di Trinity Church Muar, Johor.

Pemergiannya bukan sahaja dirasai ahli keluarga, malah kisah legasi yang ditinggalkan turut menjadi inspirasi kepada orang ramai, khususnya mengenai kepentingan pendidikan dan sokongan keluarga dalam membentuk generasi seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN