Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan di lokasi kejadian kerana mengintai wanita di dalam tandas.

[VIDEO] Rider intai wanita dalam tandas Bukit Bintang direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penghantar makanan berusia 21 tahun ditahan polis selepas disyaki mengintai seorang wanita di dalam tandas sebuah bangunan di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita berusia 37 tahun pada pukul 12.01 tengah malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam tandas wanita sebelum menyedari seorang lelaki tidak dikenali dipercayai mengintainya melalui ruang bahagian atas tandas berkenaan.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit terus menjerit sebelum meminta bantuan suaminya.

“Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dan suspek direman selama tiga hari bermula semalam hingga lusa bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tegasnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585 serta Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 24 saat di aplikasi Threads memaparkan beberapa individu berang dengan tindakan seorang lelaki yang didakwa mengintai wanita di dalam tandas awam.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @norsiska_iqah33, dia mendakwa kejadian itu berlaku ketika dirinya bersama suami datang ke kawasan berkenaan bagi meraikan sambutan hari lahir suaminya.

“Datang sini hendak meraikan hari lahir suami, sekali ada drama dalam tandas perempuan pula.

“Tandas juga hendak dijadikan tempat mengintai. Nasib baik bukan kita yang kena. Habis kena belasah dengan suami orang itu,” tulisnya.

Rakaman yang dikongsikan turut memperlihatkan beberapa individu berada di hadapan sebuah kubikel tandas sebelum satu lagi video menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam berada bersama anggota polis.

Dalam ruangan komen, pemilik akaun sama turut mendakwa perbuatan tersebut bukan kali pertama dilakukan suspek.

“Betul, dan katanya bukan kali pertama dia buat kerja ini. Sebelum ini kakitangan di sebuah premis di Bukit Bintang pun pernah terkena, tetapi sebelum ini dia sempat melarikan diri,” dakwanya.– KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN