Bangkai seekor penyu karah dianggarkan berusia 18 tahun yang ditemukan di Pantai Bagan Pinang di sini, semalam oleh pengunjung. Foto IHSAN PEMBACA

Penyu karah ditemukan mati tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Bangkai seekor penyu karah dianggarkan berusia 18 tahun yang ditemukan di Pantai Bagan Pinang di sini, semalam oleh pengunjung.

Renjer penyu berlesen Jabatan Perikanan, Hishamudin Abd Manap, 56, berkata, dia menerima maklumat mengenai penemuan bangkai reptilia marin itu daripada pihak Jabatan Perikanan kira-kira pukul 5 petang.

Menurutnya, bangkai penyu berkenaan ditemukan dalam keadaan sudah membengkak selain terdapat kesan kecederaan dan lebam pada bahagian leher.

“Sebaik menerima maklumat, saya membantu menguruskan kes berkenaan sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan bagi tindakan lanjut.

Anggota APM menanam bangkai penyu karah yang ditemukan di Pantai Bagan Pinang semalam.

“Penyu berkenaan dipercayai sudah mati empat hingga lima hari berdasarkan keadaan bangkainya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Hishamudin berkata, bangkai penyu itu kemudian ditanam selepas urusan pengendalian selesai.

Katanya, orang ramai yang menemui penyu terdampar, sama ada masih hidup atau mati di sekitar pantai Port Dickson, boleh menghubunginya menerusi talian 011-1184 1224 untuk tindakan lanjut pihak berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN