Mone Chiba menahan sebak ketika diejak penonton ketika di atas podium semalam.

[VIDEO] Atlet luncur ais Jepun kena ‘booo’ buat ramai sedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHENZHEN – Tindakan melampau segelintir peminat sukan luncur ais mencetuskan kemarahan netizen selepas mereka mengejek ‘boo’ kepada atlet Jepun, Mone Chiba, sejurus dia dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan Cup of China di sini, semalam.

Insiden itu berlaku ketika majlis penyampaian pingat emas bagi kategori Women Free Skating selepas Chiba berjaya menduduki tempat pertama secara keseluruhan.

Difahamkan, situasi tegang itu berpunca daripada ketidakpuasan hati penyokong atlet Russia, Alexandra Ignatova, yang mendakwa pemarkahan juri berat sebelah dan sengaja menaikkan markah atlet Jepun berkenaan.

Walaupun Ignatova mempamerkan aksi memukau menerusi lompatan sukar quadruple Lutz, Chiba tetap memenangi pingat emas hasil kelebihan mata yang dikumpulnya dalam acara ‘short program’.

Terkejut dan sedih dengan tindakan tidak profesional penonton di stadium, Chiba yang baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali teruk pada Julai lalu dilihat gagal menahan sebak sehingga menitiskan air mata di atas podium.

Di media sosial video insiden tersebut kini tular di seluruh dunia yang menyifatkan tindakan mengejek pemenang di atas podium sebagai tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN