fbpx
Gambar hiasan

Sewa rumah dijangka melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hartanah sewaan terpilih di kawasan strategik yang mempunyai akses baik serta bekalan terhad berpotensi mencatatkan kenaikan kadar sewa hingga dua angka dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital, Faizul Ridzuan berkata, jangkaan itu merupakan impak daripada pelarasan gaji dan tekanan kos operasi perniagaan semasa.

Katanya, pertumbuhan kadar sewaan dijangka bergerak lebih pantas berbanding kenaikan harga rumah.

“Projek perumahan di lokasi matang dengan bekalan terhad serta dilengkapi kemudahan perabot berkualiti tinggi adalah segmen yang bakal mencatatkan lonjakan sewa dua angka,” katanya.

Mengulas prospek pasaran bersempena persidangan FIRE (Financially Independent, Retire Early), Faizul menjelaskan bahawa peningkatan struktur gaji meningkatkan kuasa berbelanja isi rumah, namun pada masa sama menambah kos pengurusan majikan.

Menurut Faizul, kesannya bukan sahaja terhad kepada pekerja gred asas, malah memberi tekanan kepada majikan untuk merombak skalar gaji keseluruhan tenaga kerja bagi mengekalkan jurang pendapatan yang adil.

“Apabila paras gaji bawahan dinaikkan, kesannya akan merembet ke peringkat atas. Majikan perlu mengimbangi pelarasan gaji pekerja dengan peningkatan kos operasi perniagaan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Faizul berkata kenaikan had pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam sehingga RM1 juta mampu meningkatkan kuasa membeli penjawat awam. Bagaimanapun, impaknya terhadap pasaran sewaan bergantung kepada lokasi dan ketersediaan unit yang sesuai.

Beliau menegaskan unjuran kenaikan sewa tersebut hanya terpakai untuk projek perumahan terpilih dan bukannya keseluruhan pasaran. Beliau mencontohkan beberapa projek baharu dengan reka bentuk praktikal dan hiasan dalaman lengkap yang telah mencatatkan kenaikan sewa sehingga 20 peratus, di samping ratusan unit milik klien FAR Capital yang berjaya mencapai hasil sewaan melebihi 10 peratus.

Persidangan FIRE menganjurkan edisi ketiga mereka di MITEC pada 10 Oktober 2026 dengan kehadiran lebih 2,500 peserta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN