SUNGAI BULOH – Kolam tadahan di Taman Seri Alam, Saujana Utama, di sini, dilaporkan telah melimpah berikutan hujan lebat, petang ini.
Situasi itu menyebabkan kawasan perumahan berhampiran kolam tadahan berkenaan mula dinaiki air.
Menerusi perkongsian video oleh Zamron Mat di Facebook, kejadian tersebut menunjukkan keadaan air yang melimpah dari kolam tadahan sehingga memasuki kawasan perumahan berdekatan.
“Kolam tadahan di Taman Seri Alam telah melimpah. Mohon semua penduduk mengalihkan kenderaan dan barangan berharga,” katanya.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan beberapa kawasan di Shah Alam dan Puncak Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat petang ini. - KOSMO! ONLINE
















