fbpx
Tangkap layar rakaman yang tular di Threads.

Semangatnya adik berdikir barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak bersemangat ketika membuat persembahan mencuri perhatian ramai.

Melalui video tersebut kanak-kanak perempuan berkenaan dilihat begitu bersungguh-sungguh semasa persembahan dikir barat sehingga perhiasan di kepalanya tertanggal.

Lebih mengujakan, aksi kanak-kanak itu turut mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menjiwai betul. Seronok tengok anak-anak hidupkan budaya kita,” tulis Anwar di ruang komen.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat aksi kanak-kanak itu.

“Baru nak komen selagi gandik tu tak tercabut biarkan tapi bila dah buka komen, saya tarik balik kata-kata tadi tu,” kata Angyaaty.

“Dia boleh head banging dgn lagi dikir barat. Lain macam. Hebat cikgu laki kat belakang tu boleh menahan ketawa,” kata Fsag.

“Orang Kelantan ke adik ni..kemain menjiwai layan dikir barat,” kata Faiz.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN