fbpx
SEMUA unit pembeku dikosongkan di beberapa cawangan ICA di Sweden susulan serangan siber. - AFP 

Ratusan pasar raya Eropah diserang penggodam, peti sejuk beku bertukar ‘ketuhar’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRUSSELS – Berpuluh-puluh pasar raya di tujuh negara Eropah terjejas akibat serangan siber  menyasarkan peti sejuk dan unit pembeku mereka, lapor stesen penyiaran BBC semalam. 

Kira-kira 40 pasar raya Delhaize di Belgium dan Luxembourg terjejas, manakala sebilangan lagi premis di Sweden, Ireland, Belanda, Estonia dan Finland turut mengalami serangan serupa. 

Pengeluar sebahagian peti sejuk beku yang terjejas, Sabcobel berkata, penyerang menukarkan unit penyejat kepada mod nyahbeku sehingga menyebabkan pemanasan, kaedah sama yang digunakan dalam serangan ke atas beratus-ratus pasar raya di Perancis, bulan lalu.

Serangan siber itu mengakibatkan barang makanan bernilai berjuta-jura euro terpaksa dibuang pada Oktober lalu,  lapor media tempatan ketika itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Sabcobel, Stephan Moelands memberitahu agensi berita Belga bahawa insiden tersebut merupakan serangan siber dan pihaknya telah ‘bekerja sepanjang malam dan pagi untuk memutuskan sambungan unit yang terjejas daripada rangkaian penggodam. 

Sejak serangan di Perancis pada awal Oktober lalu, Sabcobel berusaha ‘melindungi peti sejuk pelanggan kami daripada gangguan ini tetapi perkakasan ini memerlukan pengubahsuaian secara fizikal dan bukan sekadar kemas kini perisian’. 

Kebanyakan pasar raya di seluruh Eropah disambungkan dengan internet bagi membolehkan kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan sistem dilakukan secara dalam talian. 

“Penyelesaian paling mudah ialah menguruskan peti sejuk melalui sambungan internet yang selamat. Kebanyakan pelanggan kami bertukar kepada kaedah itu selepas serangan di Perancis,” kata Moelans.

Unit pembeku di beberapa premis di seluruh Eropah dilaporkan meningkat sehingga 50 darjah Celcius.

Masih belum diketahui dalang di sebalik serangan terbaharu itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN