SAUDARA PENGARANG,
Kebiasaannya hujung tahun, ramai mengambil kesempatan mengadakan pelbagai majlis termasuk perkahwinan.
Ini kerana, soal cuti sangat mudah berikutan ketika itu sesi persekolahan telah tamat.
Justeru, bagi menghadiri majlis-majlis tertentu, individu yang dijemput akan mencari persalinan untuk digayakan. Selalunya, majlis perkahwinan mempunyai tema warna
yang ditetapkan pasangan pengantin.
Selain butik pakaian, platform jualan online antara lubuk orang ramai mencari persalinan diperlukan. Namun hati-hati dalam kita mahu berjimat mencari yang berbaloi dari segi harga ada yang mencuri peluang untuk ‘merebut’ duit orang yang terdesak mencari baju.
Pengalaman tidak pernah menipu apabila di butik, baju yang dicari berharga sekitar RM300, namun di media sosial, dijual RM150, seolah-olah ada diskaun 50 peratus.
Apabila ditanya kepada personal shopper atau PS tersebut, dia menyatakan persalinan yang dijual adalah baharu. Hati-hati semua, ada yang memerhati duit kita.
PEMINAT BAJU KURUNG
Kajang, Selangor
















