fbpx
YAMAL kekal dengan mentaliti terbaik biarpun berdepan kekecewaan selepas gagal dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or. - AFP

La Liga: Yamal langsung tidak terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Hansi Flick memuji mentaliti positif Lamine Yamal yang bangkit daripada kekecewaan selepas gagal merangkul Anugerah Ballon d’Or apabila pemain sensasi itu mempamerkan fokus tinggi sepanjang sesi latihan.

Flick menyifatkan reaksi pemain berusia 19 tahun itu sebagai sesuatu yang membanggakan meskipun Yamal terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dalam undian pemain terbaik dunia di belakang Harry Kane dan Kylian Mbappe.

“Harry Kane memang layak memenanginya, tetapi anda sudah tahu pandangan saya mengenai Lamine kerana dia berada pada tahap yang diperlukan untuk memenangi anugerah tersebut,” katanya menjelang aksi La Liga menentang Alaves di laman sendiri.

Menurut Flick, Yamal memberikan respons yang cukup baik terhadap kekecewaan itu apabila terus menunjukkan komitmen tinggi dan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

“Saya sangat bangga dengan Lamine kerana dia memberikan reaksi yang sangat baik dan begitu fokus ketika latihan, selain memiliki mentaliti yang cukup bagus untuk membantu pasukan,” jelasnya.

Skuad kendalian Flick sebelum ini memulakan kempen dengan cukup cemerlang menerusi 11 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan, namun momentum tersebut terjejas selepas tewas 2-4 kepada Paris Saint-Germain sebelum dikecewakan Real Madrid 1-2 di laman sendiri.

“Perkara paling penting adalah kami perlu menang kerana pasukan masih bermain dengan baik dan kami percaya dengan kekuatan sendiri, selain saya melihat suasana latihan yang positif serta penuh semangat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN