MUNICH β Bayern Munich tidak mahu mengambil risiko kehilangan Harry Kane secara percuma apabila kontraknya bakal tamat hujung musim ini apabila sudah melakukan rundingan untuk membuat tawaran jangka panjang yang baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen mengesahkan kedua-dua pihak sudah berbincang dan mencapai persefahaman sebelum Kane diiktiraf sebagai pemenang Ballon dβOr awal minggu ini.
Menurut Dreesen, reaksi Kane memberi petunjuk sedia untuk kekal dan pengurusan kelab juga tidak mahu kehilangan khidmat penjaring berbisa kelahiran England pada tahun depan.
“Kami sedang menguruskan terma dalam kontrak berkenaan. Perkara itu memerlukan beberapa hari kerana peguam kedua-dua pihak perlu bertukar pandangan mengenai butiran kecil.
“Semua perkara penting sudah dibincangkan dan dirundingkan sebelum majlis Ballon dβOr,” katanya.
Sejak menyertai Bayern dari Tottenham Hotspur pada 2023, kapten England itu terus menjadi tonggak utama jentera serangan The Bavaria dan antara sandaran terbesar kelab dalam memburu trofi musim ini.
Dreesen mengakui proses rundingan kali ini turut membabitkan keluarga rapat Kane, sama seperti ketika Bayern berusaha mendapatkan pemain itu dari Tottenham tiga tahun lalu.
“Kami sememangnya melalui banyak perbincangan dengan bapa dan abang Kane ketika itu, dan perkara sama berlaku sekarang. Mereka tahu bahawa kami serius mahu melanjutkan kerjasama ini untuk jangka panjang,” katanya. – AGENSI
















