fbpx
Mohd. Jazri (kanan) menyerahkan bento kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake sambil diperhatikan Dr. Mi-Chelle (dua dari kiri) di IPDTL, George Town, tadi. Foto oleh DANIAL SAAD

Mahsuri Dagang, SEGi College agih bento kepada warga polis IPD Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. mengagihkan 100 kotak bento ayam masak tiga rasa kepada warga polis sebagai tanda penghargaan sempena sambutan Hari Malaysia, yang akan disambut esok.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan dengan kerjasama SEGi College Penang, dengan hidangan disediakan oleh pelajar Seni Kulinari kolej berkenaan.

Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang Sdn. Bhd., Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, program tersebut merupakan tanda penghargaan pihaknya kepada anggota polis yang sentiasa komited menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Kami melihat anggota polis sebagai antara wira yang sering berada di belakang tabir, namun sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi keselamatan masyarakat.

“Sebagai syarikat tempatan, ini merupakan cara kecil kami untuk menunjukkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada anggota polis atas segala khidmat mereka,” katanya selepas menyerahkan bento di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengetua SEGi College Penang, Dr. Leong Mi-Chelle berkata, program berkenaan merupakan kerjasama CSR kali kedua antara SEGi College Penang dan Mahsuri Dagang.

“Program ini diadakan bersempena dengan Hari Malaysia, yang mengingatkan kita tentang nilai perpaduan, kebersamaan dan semangat untuk saling menghargai sebagai rakyat Malaysia.

“Kami sedar bahawa tugas anggota polis bukanlah mudah. Ia memerlukan komitmen, keberanian,disiplin dan pengorbanan, termasuk bertugas pada waktu-waktu ketika kebanyakan daripada kita sedang berehat atau bersama keluarga,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN