fbpx
Malek Razak pada Sesi Temubual Khas PAT sempena Hari ATM Ke-93 di Wisma Pertahanan hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLI/KOSMO!

Operasi bersepadu seperti ‘NTF’ perlu diwujudkan semula, kekang PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Operasi bersepadu yang menggabungkan pelbagai agensi keselamatan seperti Pasukan Petugas Khas (NTF) perlu diwujudkan semula dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, langkah berkenaan penting bagi memperkukuh kerjasama, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat dan penggunaan aset.

Beliau berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Gerakan Kebangsaan yang dipengerusikannya bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail.

Jawatankuasa berkenaan katanya, turut membabitkan agensi berkaitan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Setakat ini, usul berkenaan juga telah dimajukan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan terpulang kepada MKN untuk membawa cadangan tersebut ke peringkat kerajaan bagi pertimbangan dan pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Temubual Khas PAT sempena Hari ATM Ke-93 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Malek Razak berkata, pendekatan seperti NTF yang pernah dilaksanakan sebelum ini terbukti berkesan dalam menyelaras tindakan pelbagai agensi bagi menangani isu keselamatan di sempadan negara.

“Kita nampak ia (operasi secara NTF sebelum ini) berkesan. Jadi pendekatan itu mungkin perlu dihayati kembali (wujudkan semula mekanisme operasi bersepadu seperti NTF).

“Walaupun tidak dalam skala yang besar, tetapi (mampu) menangani masalah ini (PATI),” ujarnya.

Untuk makluman, NTF yang membabitkan gabungan 18 agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain dibubarkan secara rasmi pada 31 Disember 2022.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN