fbpx
Zainol Afiq.

Nahas helikopter KKM: Jenazah Kapten Zainol Afiq dibawa pulang, kebumi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dijangka akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan untuk urusan pengebumian, esok.

Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata, bagaimanapun pihak keluarga masih menanti sebarang keputusan dan pengesahan daripada pihak hospital, polis dan agensi berkaitan terlebih dahulu.

” Sekarang ini pun pihak keluarga sedang menunggu taklimat yang akan disampaikan agensi berkaitan berkenaan hal tersebut (jenazah dibawa pulang). Tidak tahu lagi penerbangan pagi, ataupun malam.

” Pada masa sama, keluarga sedang menunggu keputusan asid deoksitibonukleik (DNA).

“Kalau semuanya selesai, jenazah akan dibawa pulang esok dan segala persiapan telah pun dibuat,”katanya dihubungi.

Menurutnya, sebaik tiba di Seremban nanti, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Bandar Baru Senawang dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN