fbpx
Timbalan Chef de Mission Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Azlan Iskandar bersama Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, mengadakan lawatan ke pusat latihan pasukan padel negara di Petaling Jaya hari ini. - Foto MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI/KOSMO!

Sukan Asia 2026: Skuad padel tekad lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad padel negara memberi bayangan mampu menyumbang kilauan pingat buat kontinjen Malaysia menjelang penampilan sulung sukan berkenaan pada temasya Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun bermula 19 September hingga 4 Oktober depan.

Wakil negara, Aidan Yunus dan Christian Didier Chin mengakui teruja dapat mewakili kontinjen kebangsaan sekali gus melunaskan impian untuk beraksi pada temasya sukan terbesar benua Asia itu.

Aidan berkata, sesi latihan intensif telah dilalukan sejak tiga bulan lalu termasuk aktif menyertai siri Jelajah Persekutuan Padel Antarabangsa (FIP) di sekitar Asia, Eropah dan Afrika Selatan.

“Kami dapat melakukan persiapan dengan baik dan bekerja keras pada sesi latihan sepanjang tiga bulan lalu. Justeru, kami tidak sabar untuk bersaing di temasya Sukan Asia kali ini.

“Namun, kita tidak boleh terlalu yakin kerana tentangan daripada negara seperti Filipina, Indonesia, Jepun dan Asia Barat dijangka cukup sengit nanti,” katanya.

Sementara itu, Christian percaya jika berjaya mara ke peringkat separuh akhir, peluang untuk menyumbangkan kilauan pingat semakin cerah.

“Sasaran kami adalah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu dan cuba membawa pulang pingat.

“Ia pasti jadi satu pencapaian yang menakjubkan untuk kami akan memberikan aksi terbaik nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN