Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak arah barat menuju ibu negara petang ini.

Trafik Karak sesak 5km menuju Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat dari Kilometer (KM) 24.5 (Bukit Tinggi) hingga Plaza Tol Gombak petang ini.

Menurut makluman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) keadaan itu berlaku susulan pertambahan jumlah trafik.

Bagaimanapun, trafik di LPT1 dilaporkan masih lancar di kedua-dua hala setakat pukul 6.10 petang.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan, mematuhi had laju, menjaga jarak selamat antara kenderaan serta memandu dengan berhati-hati.

Sebarang kecemasan atau aduan boleh disalurkan menerusi Talian Bantuan LPT di 1700-818-700. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN