fbpx
Gambar hiasan

RCI TH: Bekas menteri usia 60-an ditahan, direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas menteri hari ini susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebuah institusi baru-baru ini.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu dipercayai ditahan kira-kira pukul 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, lelaki itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok untuk proses permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN