SALAH berjaya meledak dua gol untuk membantu Trabzonspor menewaskan Basaksehir awal pagi semalam. - AGENSI

Salah buka akaun jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Pemain sensasi Trabzonspor, Mohamed Salah membuka akaun jaringannya dalam Liga Super Turkiye selepas meledak dua gol untuk membantu pasukan menewaskan Istanbul Basaksehir 2-1, awal pagi semalam.

Lebih menarik, bekas pemain Liverpool berusia 34 tahun itu sebenarnya mampu mencipta malam lebih gemilang apabila dua lagi jaringannya dibatalkan.

Salah yang membuat penampilan pertama sebagai kesebelasan utama meledak dua gol pada minit ke-8 dan minit ke-48 untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan pada musim ini.

Pengendali Trabzonspor, Fatih Tekke enggan terlalu gembira dengan keputusan yang diraih sebaliknya mengesahkan pasukan bakal menandatangani seorang lagi pemain bertaraf bintang baharu dalam masa terdekat.

Difahamkan, Trabzonspor menjadi destinasi buat seorang lagi bekas tonggak Liverpool, Fabinho selain barisan kejurulatihan turut mencari pemain di posisi serangan sebelum jendela perpindahan ditutup nanti.

“Nampaknya seorang lagi pemain bertaraf bintang akan datang kepada kami (Fabinho). Sekarang kami sudah mempunyai beberapa pemain hebat dan sedia untuk menggegar saingan Liga Turkiye.

“Saya turut katakan kepada presiden kelab, kita akan mencari penyerang baharu jika serius untuk bergelar juara tetapi harga di pasaran ketika ini sangat mahal,” katanya.

Trabzonspor sebelum ini memburu Darwin Nunez sebelum penyerang antarabangsa Uruguay itu buat keputusan untuk kekal di Arab Saudi dan kini mewakili kelab Al-Diriyah secara pinjaman daripada Al-Hilal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN