Atlet Tenpin Boling Perlis, Nurul Aişyah Salleh ketika beraksi pada acara perseorangan wanita akhir pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, di Sunway Megalanes hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Sukma 2026: Aisyah lakar sejarah buat Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Atlet boling Perlis, Nurul Aisyah Salleh melakar sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama dalam acara boling buat kontinjen Singa Utara dalam acara perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2026, sebentar tadi.

Pada aksi di Sunway Megalanes itu, Aisyah menjatuhkan keseluruhan 1,344 pin untuk memenangi emas pertama dalam temasya sukan berprestij tempatan itu.

Aisyah yang konsisten sepanjang saingan menewaskan pencabar terdekat, Adania Mohd Redzwan dari Selangor yang mengumpul 1,306 pin untuk meraih pingat perak.

Rakan senegeri, Aisyah, Nur Alya Qaisara pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengumpul 1,287 pin.

Lebih menarik, kemenangan atlet berusia 18 tahun itu hadir selepas membuat keputusan untuk menyertai kontinjen Perlis selepas mewakili Johor pada Sukma edisi 2022 dan 2024 yang lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN