fbpx
Gambar hiasan.

Godam sistem imigresen: Lima lagi pegawai JIM ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lima lagi pegawai Jabatan Imigresen (JIM) ditahan selepas dipercayai bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) semalam.

Mreka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Crack ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 1 tengah hari.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati kesemua pegawai itu disyaki bersubahat menggodam MyIMMs di samping membantu dalam proses mendapatkan kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tanpa mengikut prosedur yang sah.

Susulan tangkapan itu, SPRM menyita lima buah telefon bimbit milik suspek. Setakat ini, seramai 17 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut sumber, SPRM turut mengambil tindakan membekukan sembilan akaun bank empat milik individu dan dua milik syarikat berjumlah RM300,000.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan 16(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, permohonan reman ke atas kelima-lima suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan mereka dibenarkan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Sebelum ini, SPRM menahan 12 individu termasuk enam pegawai JIM selepas disyaki bersubahat menggodam MyIMMs bagi mendapatkan kelulusan PLKS secara tidak sah.

Terdahulu, JIM akan membatalkan 1,306 PLKS yang diluluskan secara tidak sah susulan MyIMMs digodam. Semua dokumen yang diluluskan secara tidak sah itu tidak memberi hasil kepada kerajaan dan tindakan pembatalan akan dilaksanakan serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN