fbpx
Operasi perobohan binaan termasuk kediaman di Kampung Chubadak Tambahn hari ini.

119 binaan, rumah selesai dirobohkan di Kg. Chubadak Tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 119 struktur binaan dan kediaman selesai dirobohkan menerusi Op Roboh di Kampung Chubadak Tambahan, Setapak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basei Sagoni berkata, sebelum ini, pihak mahkamah telah menyerahkan notis pengosongan kepada pemilik bagi mengosongkan premis bermula 16 Julai lalu.

Menurutnya, setakat pukul 2 petang tadi, keseluruhan 119 premis berjaya dirobohkan melibatkan zon operasi.

“Keadaan dilokasi adalah terkawal dan operasi berjalan lancar di bawah pemantauan berterusan pihak berkuasa.

“Sepanjang operasi berlangsung, tiada kehadiran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mencetuskan sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri menegaskan, segala proses pengosongan tapak tersebut dilaksanakan secara telus dan teratur mengikut prosedur sedia ada.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

Terdahulu, fasa satu Op Roboh telah dilaksanakan pada 14 Januari lalu melibatkan sebanyak 69 buah rumah.

Difahamkan, writ mahkamah telah diserahkan kepada penduduk pada 5 Disember tahun lalu, manakala notis pengosongan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh writ disampaikan pada 26 Disember.

Sebelum ini, media melaporkan tindakan tegas terhadap binaan haram, premis tanpa kebenaran serta pencerobohan kawasan yang melanggar undang-undang akan dilaksanakan menerusi perintah penghakiman penyerahan milikan kosong di Kampung Chubadak Tambahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN