fbpx
Carta negara-negara yang mempunyai nilai IQ penduduk paling tinggi di dunia.

Malaysia tangga ke-21, negara Asia dominasi IQ terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia berada di kedudukan ke-21 dalam senarai negara paling pintar dunia berdasarkan purata skor IQ global, sekali gus mencerminkan tahap intelektual rakyat yang kompetitif di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan data International IQ Test 2025, Malaysia mencatatkan skor purata IQ sebanyak 100.48, mengatasi beberapa negara maju lain.

Senarai tersebut menyaksikan China menduduki tangga teratas dengan skor 107.19, diikuti Korea Selatan (106.43) dan Jepun (106.4), sekali gus menunjukkan dominasi jelas negara Asia dalam kelompok teratas dunia.

Turut tersenarai dalam kelompok 10 terbaik ialah Iran, Singapura, Rusia, Mongolia, Armenia, Australia dan Sepanyol.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain seperti Vietnam (100.12), Thailand (101.52) dan India (99.08) turut mencatat kedudukan memberangsangkan, memperkukuh trend penguasaan rantau itu dalam penilaian kecerdasan global.

Bagaimanapun skor IQ bukan satu-satunya ukuran keupayaan sesebuah negara, sebaliknya faktor seperti pendidikan, budaya dan peluang turut memainkan peranan penting dalam menentukan potensi sebenar rakyat.

Senarai tersebut secara keseluruhan memperlihatkan negara Asia dan Eropah terus mendominasi kedudukan teratas dalam penarafan IQ dunia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN