fbpx
Gambar hiasan

Warga KDN dinasihatkan tidak muat naik gambar di media sosial ketika BDR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak memuat naik gambar atau kandungan di media sosial yang boleh menimbulkan persepsi negatif sepanjang tempoh bekerja dari rumah (BDR) bermula Rabu ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Awang Alik Jeman berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap warga KDN yang dikesan berbuat demikian.

Beliau berkata, tindakan tegas itu akan diambil kerana menyalahgunakan kemudahan BDR sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam.

“Ketika BDR, jangan muat naik gambar atau posting di media sosial yang boleh disifatkan sebagai kita tidak menjalankan tugas. Contohnya, memuat naik gambar sedang bermain badminton, berjalan di kompleks beli-belah dan sebagainya.

“Saya beritahu awal, perkara seperti ini perlu dielakkan. Jika berlaku, tindakan tetap akan diambil tanpa pengecualian. Jangan ambil perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Katanya, kemudahan BDR bukan alasan untuk penjawat awam gagal mencapai sasaran kerja yang ditetapkan.

Awang berkata, setiap pegawai perlu memastikan produktiviti serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas walaupun bekerja dari rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN