fbpx
Anwar (tiga dari kanan) melakukan gimik pecah tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong, Marang.

Kuota 90 peratus Bumiputera ke matrikulasi kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Dasar kerajaan menawarkan tempat secara automatik ke matrikulasi atau program setara kepada pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 10A tanpa mengira kaum tidak akan menggugat kuota kemasukan Bumiputera sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kuota 90 Bumiputera bagi kemasukan ke program matrikulasi tetap dikekalkan.

Beliau berkata, ia selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan yang memberi akses adil terhadap semua pelajar termasuk dalam kalangan kurang berkemampuan dan tidak mendapat kemudahan pembelajaran sebaiknya.

“Kita iktiraf (pelajar memperoleh) 10A tetapi anak-anak Bumiputera tetap dijamin kuota 90 peratus (ke program matrikulasi).

“(Pelajar) yang paling pintar, anak orang kaya tidak disisihkan, 90 peratus kuota (ke program matrikulasi) dikekalkan supaya jurang pendidikan tidak terus melebar,” katanya di Bukit Payong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan majlis pecah tanah Kolej Matrikulasi Terengganu.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan semua 6,717 pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnga 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan ditawarkan tempat secara automatik ke program matrikulasi atau laluan setara.

Anwar berkata, dasar pendidikan nasional menekankan keadilan kepada semua tanpa tumpuan diberikan terhadap pelajar sekolah elit dan anak golongan kaya semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN