fbpx
Delegasi MPE ketika mengadakan pertemuan bersama Rashidi (empat dari kiri) di Komtar, George Town, baru-baru ini.

ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit platform usahawan tembusi pasaran dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) berusaha mengetengahkan Pulau Pinang sebagai hab strategik keusahawanan belia di peringkat Asia Pasifik menerusi penganjuran ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit 2026.

Acara yang berlangsung pada 20 hingga 22 November nanti bakal menghimpunkan sehingga 500 delegasi dari seluruh negara ASEAN serta rakan kerjasama dari China, Hong Kong dan Taiwan.

Presidennya, Khoo Chin Wei berkata, persediaan penganjuran ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit 2026 melangkah ke fasa penting hasil kerjasama dan kelulusan sokongan rasmi daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menjayakan acara serantau berimpak tinggi itu.

“Pertemuan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang, Datuk Rashidi Zinol, baru-baru ini menjadi titik permulaan penting dalam penganjurannya.

“Sidang kemuncak anjuran MPE dengan kerjasama JCI Penang ini bertujuan meletakkan Pulau Pinang sebagai hab strategik keusahawanan belia di peringkat Asia Pasifik.

“Dengan bertemakan ‘Build, Grow, Lead Across Asia’ program ini dirangka untuk memperkukuh kerjasama perdagangan, inovasi digital, dan kepimpinan perniagaan yang mampan,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, sokongan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah bukti komitmen negeri dalam memperkasa generasi baharu pemimpin perniagaan.

“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa ini dijangka memberi rangsangan besar kepada sektor pelancongan perniagaan di Pulau Pinang menerusi peningkatan kadar penginapan hotel dan perbelanjaan pelancong delegasi.

“Selain itu, ia dapat mengukuhkan penjenamaan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan bagi acara keusahawanan dan perdagangan peringkat serantau,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN