fbpx
Tangkap layar gambar hantaran komen oleh admin Hospital Sultanah Aminah berkenaan cubaan penipuan meminta sedekah.

Admin hospital kantoikan scammer raih simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang individu yang dipercayai cuba untuk menjalankan taktik penipuan meraih simpati di media sosial terbongkar apabila ditegur terus oleh pengendali akaun rasmi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru semalam.

Menerusi satu hantaran di Threads, ia bermula apabila seorang pengguna memuat naik sekeping foto menunjukkan bangunan hospital pada waktu malam dengan mendakwa dirinya kini kesempitan wang.

Pengguna tersebut memberitahu bahawa dia memerlukan bantuan makanan selepas seminggu menjaga anaknya yang menjalani pembedahan hati.

“Salam, ada yang boleh sedekahkan apa-apa makanan pun tak apa. Dah seminggu jaga anak di hospital pembedahan hati, memang duit habis tak ada langsung,” katanya.

Dalam pada itu, tindakan berani individu tersebut akhirnya memakan diri apabila pengendali akaun rasmi tersebut tampil mempersoalkan kesahihan gambar yang dimuat naik di ruangan komen hantaran berkenaan.

Menurut hospital tersebut, bangunan induk yang dipaparkan dalam gambar itu sebenarnya telah ditutup secara rasmi bagi tujuan kerja-kerja baik pulih bermula awal April lalu.

“Saya baru muat naik memo penutupan bangunan induk awal April, bila pula terang-benderang ini,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai memuji pengendali akaun hospital tersebut yang dianggap sangat peka dan pantas melakukan tugas sehingga berjaya membanteras taktik penipuan itu sebelum lebih ramai pengguna media sosial menjadi mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN