DIVA boleh katakan perang antara Fazura dan Fattah mengenai isu hak penjagaan serta lawatan anak mereka, Fatima antara paling panas minggu ini.
Mana tidaknya, peminat dua artis sensasi ini saling berperang dalam media sosial sehingga dikorek sejarah silam masing-masing, menakutkan.
Mungkin Fattah fikir cara terbaik menggunakan saluran undang-undang, sementara Fazura sebagai ibu pasti mahu yang terbaik buat anak tunggalnya. Masing-masing ada hak dan jangan dinafikan perkara tersebut.
Bila lihat kemelut ini, Diva mahu beri pujian kepada Kamal Adli, Sharnaaz Ahmad dan Farid Kamil yang sangat bertoleransi soal anak selepas bercerai.
Tak pernah pula Diva baca mereka saling berebut, mempersoal hak lawatan anak dan timbul isu lain.
Nampak okey sahaja semuanya tetapi tidak pasti pula kalau ada isu lain yang orang tak tahu.
Mungkin isu anak terlalu sensitif untuk dibahaskan cuma kalau boleh selesaikan secara aman tanpa perlu rumitkan lagi keadaan.
DIVA: Takut dengan peminat digelar ‘keledek’ dan ‘keladak’, agresif sungguh.














