fbpx
JDT berjaya mengesahkan tempat ke pentas final Piala Malaysia selepas membenam cabaran KL City.

MFL pikul tugas mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka akan berdepan tanggungjawab lebih mencabar bagi merangka dan menggerakkan promosi final Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei depan.

Elemen itu bakal menjadi cabaran utama kepada MFL selaku penganjur Liga Malaysia (Liga M) memandangkan berlaku trend penurunan kehadiran penonton ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir dalam dua edisi sebelum ini.

Berdasarkan data yang direkodkan MFL, penurunan kehadiran penyokong ke stadium pada aksi final agak ketara dimana pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 mampu menarik 80,550 penyokong, lebih besar berbanding musim 2024/25, hanya 55,552 penyokong.

Jurang itu menyaksikan berlaku pengurangan 24,998 dan jika jumlah itu didarab dengan harga tiket paling murah iaitu RM50, berlaku pengurangan pendapatan sehingga RM1,249,900.

Pada edisi kali ini, jika mengambil elemen perseteruan antara pasukan, sambutan dijangka akan lebih baik sekiranya Selangor FC berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir, namun skuad kendalian Kim Pan-gon harus melepasi Kuching City terlebih dulu di peringkat separuh akhir.

Pengendali JDT, Xisco Munoz yang memacu pasukan dengan kemenangan 8-1 secara agregat ke atas Kuala Lumpur City sudah menyatakan amaran awal apabila tidak mahu terlalu memilih lawan di pentas final.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd menjelaskan Piala Malaysia sentiasa memiliki aura untuk menarik minat penonton dan ia dapat dilihat sambutan hangat pertemuan separuh akhir antara Selangor FC dan Kuching City, 5 April lalu.

“Saya rasa tiada apa yang menunjukkan Piala Malaysia ini semakin sendu kerana kedua-dua perlawanan itu tetap mendapat sambutan yang baik,” katanya yang turut merujuk kepada final pertama Piala Cabaran antara Penang FC dan Sabah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN